show your love to all the universe

Tuesday, August 7, 2012

Pesanan Sesama Muslim

Setelah mendengar lagu-lagu yg bisa melantunkan jiwa ini, membuat keegoan aku turun sehingga menyebabkan hati ini teramat rindu akan mati syahid yg diidamkan oleh setiap insan muslim, yg wujud kini hanyalah aku cuba mengenali siapakah diri. Pada sisiNya aku hanyalah insan yg sekecil-kecil padaNya, sehingga aku terkenang kembali untuk apa aku perjuangkan dalam hidup ini? Satu tanda persoalan yg wujud dalam diri aku. Menjadi tanda ingatanku setiap waktu. Pertemuan dalam ukhuwah yg menjadikan aku ini ikhwan yg amat merindukan Rasulullah s.a.w, sedangkan Rasulullah s.a.w amat merindui ikhwan yg tidak pernah diketemui oleh Nabi Allah. Dalam doa Nabi Allah mendoakan ikhwan akan menemui syurga dahulu daripada umat yg lainnya. Begitu mulianya Rasulullah s.a.w dalam mendoakan ikhwan seperti aku ini. Bertapa pilunya hati ini dalam melakukan kerna Mu ya Allah, setelah kejian yg dilemparkan kepadaku ini, yg cuba berubah demi Mu ya Allah dan cuba menyampaikan kerna itu adalah sunnah Rasul Mu ya Allah. Dalam ikatan ukhuwah yg wujud diantara aku dan masyarakat sekelilingnya menjadikan mempunyai ingatan dalam perjuangan, semoga Kau meredhai ikatan ukhuwah ini, tidak terputus ditengah jalan yg menyebabkan diri ini menyesali akan perbuatan tersebut. Aku telah merangka sebuah puisi dalam tangisan yg telah menyebabkan aku bersemangat kembali kerna Mu ya Allah. Apakah ini jalan yg terakhir bagiku, Setelah aku cuba dan terus mencuba, Aku menjadi ragu dalam peringatan Mu, Binasanya diriku dalam peringatan yg terbawa, Aku hanyalah insan yg terbiasa membuat kekhilafan, Hanya padamu aku berserah seluruhnya dalam kehidupan, Pintu keampunan Mu terbuka luas untukku yg lemah ini, Bermohonku hanya pada Mu ya Allah yg telah menjadikan diri, Setiap yg berlaku itu mempunyai hikmah yg terdalam untuk dihayati, Semoga aku teruskan perjuangan yg telah dititihkan oleh Rasul Mu. KUCHARKACHER.

Monday, July 4, 2011

Kehilangan Kemanisan Dalam Beragama...

Aku sudah mula muak dgn kata-kata yg terlempar oleh sang kata-kata dr mulut busuk, kata-kata pemutus urat perjuangan dlm mencari kebenaran. Aku mula menjadi tidak tentu arah dengan kata-kata yg terpalit dr mulut sang jahanam, kuning lambang DiRaja, mana raja atau sultan yg bisa mengarahkan akan memberhentikan pengaruh org kenamaan yg sedang gelabah dgn penuh ghairah menjadikan satu rencana dlm perjuangan yg dianggap merbahaya. Biarkan mereka menjadi ilham kepada anak muda untuk meneruskan legasi dlm membentuk jati diri Islam, beramai-ramailah, penuhi saf-saf yg kosong untuk menuntut akan 8 perkara yg bisa membersihkan politik kotor yg wujud dlm perlembagaan sekarang. Apakah wajar mereka dihapuskan? 9 julai detik keramat untuk kita melihat akan keangkuhan pemerintah zalim yg bakal untuk di tuntut menerusi 8 perkara memorandum. Aku hanyalah seorg golongan minoriti yg menuntut hak-hak sebagai rakyat Malaysia....

Friday, May 6, 2011

Al-Fatihah dan Selamat Hari Ibu.

Ketika ini kehidupan seorang anak yang bernama Mohd Ruhaidi Bin Mohd Noor sudah mengenal antara buruk dan baik. Alhamdulillah, syukur nikmat kepada tuhan yang merahmati hidup aku dengan segala ajaran ibuku. Aku tidak pernah mengenal akan siapa yang boleh menjadi keindahan. Penuh dengan sandiwara yang telah menyebabkan aku menjadi gerila penentang untuk berjihad. Solat ialah tiang agama, berpesan seorang ibu kepada sekelian anak-anaknya. Dalam bacaan takbirratulihram ada menyebutkan maksudnya "solatku, ibadatku, hidupku, matiku kerna Allah taala. Sungguh terharu dengan kata-kata atau ikrar dalam solat. Semoga Allah merahmati arwah ibu dan arwah ayah, kerna anak mu ini penuh dengan kejahilan pada suatu ketika dahulu. Dengan segala didikan yang ibu dan ayah berikan, aku telah mengenal dunia yang cuba di kontrol oleh jiwa yang tidak sebesar ibu dan ayah. AL-FATIHAH.

Sunday, May 1, 2011

Aku keseberang menjalankan Hukum Allah....

Hidupku, Matiku kerna Allah....
Hikmahnya masih lg terasa, aku tak dapat keseberang untuk menjadi saksi akan satu pertemuan antara sang lelaki dan sang perempuan. Aku menjadi kaget sekali dgn apa yg telah berlaku pada diri aku. Ada hikmah semuanya yg telah berlaku, aku syukur menjadi salah seorg yg terpilih dikalangan yg terpilih, sedangkan ramai lg manusia yg harus menempuhi onak ranjau yg amat berduri. Ini semua kerja Allah, oleh itu aku harus redha dgn ketentuanNYA. InsyaAllah aku akan lebih bisa berdiri sendiri dgn kaki aku..

Saturday, April 2, 2011

kemanakah hialngnya sinar dalam membentuk jiwa?

Aku masih belum mengerti akan maksud keberadaan org yg cuba mengalih pandangan terhadap sang pemilih. Aku juga menjadi bingung dengan setiap gerak geri yg cuba dipamerkan kepada khalayak ramai. Apakah ini bisa menjadi pertelingkahan yg besar. Aku masih lg seorang pemikir bebas akan tentang maksud yg cuba disampaikan kepada ku. Aku terpaksa hidup seorang diri tanpa ada penyokong dr belakang, sejak arwah ibu aku pergi meninggalkan aku. Aku menjadi tak tentu arah akan kehidupan kini yg cuba dibelenggu oleh penguasa yg amat tamak dengan kehidupan mereka sendiri..... Aku semakin hilang sinar akan kewujudan aku, aku lebih rela mati dr hidup merempat di negara sendiri..

Sunday, October 24, 2010

Sakitnya menanggung kepayahan hidup dalam KOMA.

Assalamualaikum,
setelah lama tidak menulis dalam blog yang telah hampir terkubur macam mini zine aku yg ntah bila akan release.. aku sedang bersedih bila gadis kesayangan aku dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), jadi keadaan sekarang aku akan turun ke hospital untuk melawat gadis kesayangan aku... she always in my heart, all the time... aku sahaja yang masih berdegil dengan kehidupan aku... aku telah menjadi ketua keluarga yang aku masih lagi kekurangan segalanya. aku masih lagi belajar, semoga tuhan yg maha ESA bisa menjadikan aku tabah dalam menjalani next kehidupan aku yang pasti bakal penuh pancaroba yang tidak menentu... YA ALLAH aku MEMOHON PADA MU, BERILAH KEKUATAN DALAM JIWA YANG BELUM BISA UNTUK MENJADI KETUA< SEMOGA KAMU BISA MEMBERI AKU PETUNJUK MU. AMEEN...

Monday, August 30, 2010

next week aku akn memulakan keje sebagai electrician....

next week akan menggegarkan k.l untuk sekian kalinya.. sudah sampai waktunya untuk aku jadi orang lain... bukan selamanya untuk jadi macam ini yang tak nampak akan tentang sesuatu yang amat berharga dalam diri aku....