show your love to all the universe

Sunday, October 24, 2010

Sakitnya menanggung kepayahan hidup dalam KOMA.

Assalamualaikum,
setelah lama tidak menulis dalam blog yang telah hampir terkubur macam mini zine aku yg ntah bila akan release.. aku sedang bersedih bila gadis kesayangan aku dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), jadi keadaan sekarang aku akan turun ke hospital untuk melawat gadis kesayangan aku... she always in my heart, all the time... aku sahaja yang masih berdegil dengan kehidupan aku... aku telah menjadi ketua keluarga yang aku masih lagi kekurangan segalanya. aku masih lagi belajar, semoga tuhan yg maha ESA bisa menjadikan aku tabah dalam menjalani next kehidupan aku yang pasti bakal penuh pancaroba yang tidak menentu... YA ALLAH aku MEMOHON PADA MU, BERILAH KEKUATAN DALAM JIWA YANG BELUM BISA UNTUK MENJADI KETUA< SEMOGA KAMU BISA MEMBERI AKU PETUNJUK MU. AMEEN...

Monday, August 30, 2010

next week aku akn memulakan keje sebagai electrician....

next week akan menggegarkan k.l untuk sekian kalinya.. sudah sampai waktunya untuk aku jadi orang lain... bukan selamanya untuk jadi macam ini yang tak nampak akan tentang sesuatu yang amat berharga dalam diri aku....

Tuesday, August 24, 2010

MELAHIRKAN BENTUK MASYARAKAT YANG BIJAKSANA DAN CENDIAKAWAN...

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)
menyokong nazi sama dengan menyokong zionism... tanamkan sifat anti-racist...

Monday, July 19, 2010

gelak ketawa yg terakhir....

Kewujudan dalam maksud kehidupan mahu saja dilemparkan jauh-jauh dari lubuk hati ini. Kebedaan dalam mencari sesuatu sentiasa sahaja membuat aku berfikir "masih adakah tempat aku dalam masyarakat yang terbeda dari kemahuan". Kita sudah mempunyai otak untuk berfikir bahawasanya kita masih lagi mempunyai tempat yang tercipta oleh Maha. Tapi bagi ku yang hanya mempunyai fikiran yang cetek untuk berfikiran semula. Kemungkinan sudah mula membentuk hablur yang berwarna kekuningan. Aku perlu keluar dari bentuk sekarang untuk menampakkan diri aku semula. Keyakinan aku sudah mundur, segala bentuk kemunduran sudah aku lihat dan sudah mula letih dengan ini semua. Hanya kotak pemikiran yang sudah mula merasa kebosanan, tetapi tubuh ku menyatakan 'harap bersabar, aku masih lagi punyai ruang untuk istirahat'. Mulai esok aku akan memulai untuk bergerak kesana dan kemari untuk menghilangkan rasa gentar yang mulai meresapi diri ini....
Harapan kotak pemikiran kepada tubuh yang tidak punyai perasaan.

nothing to said but writing..



apakah aku ini?

Tuesday, July 6, 2010

APA ITU ZIONISMA

Kita sering mendengar perkataan zionis. Kita juga sering mendengar perkataan anti-semitik. Kita juga selalu menggunakan perkataan Yahudi. Dalam pengunaan perkataan ini telah lahir kecelaruan. Semua ini besabit dengan negara yang dipanggil negara Israel.

Disini saya akan cuba menerangkan sejelas mungkin – sepintas lalu - agar kita mendapat mencerahkan pandangan kita dalam hal ini.

Zionisma ialah idealoji politik yang muncul sebelum kelahiran negara yang dipanggil Israel. Zionisma bercita-cita untuk mengumpulkan orang-orang Yahudi yang hidup terpencar-pencar di pelbagai pelusuk dunia terutama di Eropah untuk datang mendiami Palestine.

Seawal 1896 lagi pemimpin Yahudi yang bernama Theodor Herzl telah mencadangkan agar sebuah wilayah dipilih untuk di jadikan penempatan untuk orang-orang Yahudi yang terpencar-pencar.

Pandangan para rabbi dan para pemimpim Yahudi ini berasaskan sikap anti-semitik yang menzalimi warga Yahudi di Eropah.

Apa itu dan dimana punca sikap anti-semitik ini?

Untuk memahami ini kita wajib kembali melihat sejarah 2000 tahun dahulu. Ini bersangkutan dengan wafatnya Nabi Isa. Nabi Isa ialah seoarang Yahudi telah mati disalib oleh tentera Rom. Kerajaan Rom kuno telah menjajah wilayah disekeliling Laut Tengah : Syria, Turkey, Libanon , Mesir termasuk Palestine.

Mengikut tradisi teoloji agama Kristian , Nabi Isa telah bangun untuk menentang kezaliman kerajaan Rom. Nabi Isa dianggap musuh Rom. Justeru Isa dari Nazareth ini wajib ditangkap.

Judah salah seorang dari sahabat Nabi Isa telah belot. Judah telah memberitahu soldadu Rom dimana Isa dari Nazareth boleh ditemui. Akhirnya Nabi Isa dapat ditangkap dan disalib. Disinilah permulaan sikap anti-semitik. Penganut agama Kristian yang muncul sesudah wafatnya Nabi Isa merasa amat marah terhadap Judah seorang Yahudi yang belot hinggakan Nabi Isa di salib.

Judah seorang Yahudi belot. Maka penganut agama Kristian benci kepada Yahudi. Sikap anti Yahudi ini dpanggil anti-semitic. Dari babak sejarah inilah asal usul sikap anti-simitik yang rasis.

Eropah 1000 tahun daluhu bukan Eropah hari ini. Perasaan anti-semitik – benci terhadap orang Yahudi - ini hidup menjalar dan berkembang. Ini ditambah pula dengan propaganda agama yang dijalankan oleh para paderi yang ingin memperkuat dan memperkokoh pengaruh agama Kristian.

Apakah dia semitik atau semite atau siapa dia semite?

Semitik ialah semite satu cabang bangsa. Ini sama seperti Melayu yang dimasukkan ke dalam rumpun bangsa mongoloids dan austronesian. Arab berbangsa semitik. Rakyat Palestin adalah semitik. Yahudi dan Palestin adalah dari rumpun bangsa yang sama.

Justeru anti-semitik adalah sikap perkauman – sikap rasis tehadap warga berbangsa semite - Yahudi.

Gerakan Zionis pula adalah gerakan politik yang ingin mencari wilayah. Awalnya Zionisma tidak ada sangkut paut dengan agama. Carlifornia, Afrika Selatan, Argentina malah Uganda juga telah dicadangkan sebagai wilayah dimana orang Yahudi boleh mendirikan negara bangsa.

Akhirnya Palestin telah dipilih kerana ada pertalian sejarah antara Yahudi dengan Palestine. Orang Yahudi memang telah menduduki wilayah Palestine dari zaman berzaman. Malah bangsa Yahudi terdapat dipelbagai pelusuk negara Arab.

Pada 2 November 1917 muncul Pengistiharan Balfour - The Balfour Declaration. Ini adalah satu pengistiharan resmi kerajaan British terhadap Palestine. Kerana pada ketika ini Palestine dibawah jagaan British.

"His Majesty's government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country."

Ini adalah sebahagian dari Pengistiharan Balfour. Lord Arthur James Balfour ialah Setiausaha Luar Negara untuk kerajaan British. Dia telah menulis pengistiharan ini kepada Baron Rothschild seorang pemimpin Yahudi British.

Harus disedari bahawa tidak semua Yahudi menyokong Balfour Declaration. Ramai pemikir dan para intelektual Yahudi merasakan sebuah negara khusus untuk Yahudi ada berbau sifat perkauman. Ini pandangan puluhan tahun dahalu sebelum tertubuhnya Israel.

Ramai orang-orang Yahudi yang menetap di Eropah telah sebati, selesa dan menjadi warga negara dimana sahaja mereka menetap. Yahudi hanya agama dan pembudayaan mereka tetapi mereka adalah warga Itali, German, Begium atau Russia.

Perdebatan terus berlaku – mendirikan negara atau terus bermastautin di negara baru. Debat ini terus berlaku hingga ke era pecahnya perang dunia ke dua.

Sebelum perang dunia kedua para cukong di Eropah adalah orang Yahudi. Mereka tidak dibenarkan memiliki tanah. Justeru mereka berniaga. Perniagaan Yahudi ini mendominasi Eropah terutama di German. Apabila ekonomi German merosot maka dengan senang sahaja Hitler telah menyalahkan Yahudi sebagai pembawa malapetaka ekonomi.

Sikap anti-semitik yang sedia wujud amat senang dibakar. Suasana ini diyakinkan lagi dengan keadaan ekonomi yang meleset. Gerakan Nazi berkembang. Musuh utama Nazi ialah orang Yahudi.

Suasana perang ini memberi nafas baru kepada gerakan Zionis. Pemimpin zionis secara senyap amat gembira apabila Hitler menyerang orang Yahudi di Eropah. Kini warga Yahudi di Eropah boleh diyakinkan untuk berpindah ke Palestine.

Secara rahsia pemimpin zionis telah bersekongkol dengan Hitler. Perundingan dijalankan agar projek Palestine berjaya. Dokumen-dokumen baru semakin banyak muncul untuk membuktikan kerjasama zionisma dengan Hitler.

Apabila Hitler mula menzalami Yahudi maka semakin ramai Yahudi meninggalkan German. Ada yang menuju ke Palestine tetapi tidak seramai yang lari menuju ke Amerika Syarikat.

Selesai perang dunia kedua para pemimpin politik di Eropah merasa bersalah kerana bagitu ramai Yahudi menjadi mangsa Hitler. Gerakan Zionis dengan licik telah memainkan jarum mempengaruhi kuasa Anglo-Amerika untuk mendirikan negara Israel.

Pada 14 mei 1948 berlakau Nakba - malapetka – kepada warga Arab Palestine kerana terdirinya Israel. Justeru amat jelas negara Isreal ini adalah negara penjajah. Menjajah dan mengambil tanah yang bukan milik mereka.

Saya selalu ingin menerangkan bahawa ada perbezaan ayang amat sangat diantara zionisma dan Yahudi. Yahudi iaah satu kumpulan yang berkongsi, beragama dan berbudaya sama. Manakala zionisma ialah gerakan politik untuk mencari tanah jajahan.

Zionisma ialah anak syarikat kepada kapitalisma dan kuasa imperial Anglo-Amerika.

Kita wajib melakukan pencerahan fikrah untuk melihat dengan jelas apa dia sikap anti-semitik, sikap rasisma, sikap perkauman dan dimana puncanya. Saya sering membaca dan mendengar perkataan Yahudi sering digunakan untuk mengecam Israel. Ini salah. Bukan semua orang Yahudi menyokong Israel. Malah warga Yahudi asli yang telah menetap beribu tahun di Palestine menentang kemasukan Yahudi baru dari Eropah. Untuk mereka yang baru sampai ini adalah penjajah.

Perjuangan rakyat Palestine bukan tentang agama. Perjuangan mereka ialah menentang penjajah yang datang mengambil tanah air mereka. Betul mereka beragama Islam tetapi ramai juga warga Palestine yang beragama Kristian.

Kita akan berlaku tidak jujur jika kita menerangkan kepada umum bahawa Palestine ialah pejuangan agama. Malah pandangan sebagini akan memudaratkan dan menyusahkan lagi para pemimpin Palestine untuk menerangkan kepada dunia bahawa mereka bukan menentang Yahudi tetapi menentang zionisma.(TT)

nota:
sila cari dan baca fakta
yang lebih mendalam. tulisan
ini hanya pengenalan sahaja.

Sunday, June 27, 2010

JANGAN LUPA TURUN BERDEMO 3 JULAI

AMBIL GENTING KEMBALI - JADIKAN HOSPITAL RAWATAN UNTUK YANG MEMERLUKAN UDARA BERSIH


JUDI: HIMPUNAN 3 JULAI DITERUSKAN –harakah daily

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) mendesak Najib Razak mengumumkan keputusan kerajaan membantah judi sebagai keputusan Jemaah Menteri, bukan keputusan melibatkan Majlis Tertinggi Umno semata-mata.

Pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, GMJ bersyukur dan menyambut baik keputusan berkenaan namun ianya mesti diumumkan secara jelas kepada rakyat bahawa ianya merupakan keputusan kerajaan Barisan Nasional.

"Kita menerima keputusan ini dengan menyatakan bahawa ia tetap perlu dilontarkan atau diumumkan daripada keputusan jemaah menteri, bukan daripada keputusan satu parti politik (Barisan Nasional) sahaja" katanya pada sidang media di Rumah Pena, di ibu negara hari ini.

Azmi juga menegaskan, GMJ tidak akan dimansuhkan begitu sahaja walaupun kerajaan menarik balik pemberian lesen judi, sebaliknya akan meneruskan kempen membantah judi secara berpanjangan.

Ini kerana, ujarnya keputusan menarik balik lesen judi itu hanyalah keputusan kecil sahaja sedangkan industri membabitkan perjudian sedang berkembang pesat di negara ini.

KAH KAH KAH..

woit… INI TEPAT… BANYAK LAGI RUMAH JUDI PATUT TUTUP… kah kah kah..

woit… BILA NAK TUTUP PUSAT JUDI GENTING… kah kah kah…

woit.. AMBIL BUKIT GENTING ITU... JADIKAN KAWASAN HOSPITAL... kah kah kah

woit… BILA PULA NAK HAPUSKAN MAIN TIKAM EKOR… kah kah kah..

woit… JUDI ADALAH BUDAYA KAPITALIS…kah kah kah..

kah kah kah … JUDI MENJUAL HARAPAN….kah kah kah..

woit… PERNAH TENGOK KELAB JUDI JATUH BANKRAP?.... kah kah kah..

woit… PERNAH DENGAR CASINO BANGKRAP?... kah kah kah

woit…. PERNAH DENGAR TOWKAY JUDI BANGKRAP?... kah kah kah..

woit…. APA JADI DENGAN KASSIM BABA DAN 40 PENTAMUN…kah kah kah..

kah kah kah…. BILA 40 PENYAMUN INI NAK LAWAN JUDI… kah kah kah..

kah kah kah…. TAK KAN NAK DUDUK DALAM GUA SAJA… kah kah kah..

kah kah kah... ATAU NAK MAIN JUDI SAMA.... kah kah kah

Wednesday, June 23, 2010

BERBICARA TENTANG CINTA....


AKU bicara perihal Cinta????…
Apabila cinta memberi isyarat kepadamu, ikutilah dia,
Walau jalannya sukar dan curam.
Dan pabila sayapnva memelukmu menyerahlah kepadanya.
Walau pedang tersembunyi di antara ujung-ujung sayapnya bisa melukaimu.
Dan kalau dia bicara padamu percayalah padanya.
Walau suaranya bisa membuatkan mimpi-mimpimu bagai angin utara mencarik-carik taman.
Karena sebagaimana cinta memahkotai engkau, demikian pula dia
kan membuatmu.
Sebagaimana dia ada untuk pertumbuhanmu, demikian pula dia ada untuk perkakasan.
Sebagaimana dia mendaki kepuncakmu dan membelai mesra ranting-rantingmu nan paling lembut yang bergetar dalam cahaya matahari.
Demikian pula dia akan menghunjam ke akarmu dan menggoncang-goncangnya di dalam cengkeraman mereka kepada kami.
Laksana ikatan-ikatan dia menghimpun engkau pada dirinya sendiri.
Dia menebah engkau hingga engkau telanjang.
Dia mengetam engkau demi membebaskan engkau dari kulit arimu.
Dia menggosok-gosokkan engkau sampai putih bersih.
Dia merembas engkau hingga kau menjadi liar;
Dan kemudian dia mengangkat engkau ke api sucinya.
Sehingga engkau bisa menjadi roti suci untuk pesta kudus Tuhan.
Semua ini akan ditunaikan padamu oleh Sang Cinta, supaya bisa kaupahami rahasia hatimu, dan di dalam pemahaman dia menjadi sekeping hati Kehidupan.
Namun pabila dalam ketakutanmu kau hanya akan mencari kedamaian dan kenikmatan cinta.Maka lebih baiklah bagimu kalau kaututupi ketelanjanganmu dan menyingkir dari lantai-penebah cinta.
Memasuki dunia tanpa musim tempat kaudapat tertawa, tapi tak seluruh gelak tawamu, dan menangis, tapi tak sehabis semua airmatamu.
Cinta tak memberikan apa-apa kecuali dirinya sendiri dan tiada mengambil apa pun kecuali dari dirinya sendiri.
Cinta tiada memiliki, pun tiada ingin dimiliki; Karena cinta telah cukup bagi cinta.
Pabila kau mencintai kau takkan berkata, “Tuhan ada di dalam hatiku,” tapi sebaliknya, “Aku berada di dalam hati Tuhan”.
Dan jangan mengira kaudapat mengarahkan jalannya Cinta, sebab cinta, pabila dia menilaimu memang pantas, mengarahkan jalanmu.
Cinta tak menginginkan yang lain kecuali memenuhi dirinya. Namun pabila kau mencintai dan terpaksa memiliki berbagai keinginan, biarlah ini menjadi aneka keinginanmu: Meluluhkan diri dan mengalir bagaikan kali, yang menyanyikan melodinya bagai sang malam.
Mengenali penderitaan dari kelembutan yang begitu jauh.
Merasa dilukai akibat pemahamanmu sendiri tenung cinta;
Dan meneteskan darah dengan ikhlas dan gembira.
Terjaga di kala fajar dengan hati seringan awan dan mensyukuri hari haru penuh cahaya kasih;
Istirah di kala siang dan merenungkan kegembiraan cinta yang meluap-luap;Kembali ke rumah di kala senja dengan rasa syukur;
Dan lalu tertidur dengan doa bagi kekasih di dalam hatimu dan sebuah gita puji pada bibirmu.

BICARA DENGAN BAHASA HATI.....


Tak ada musuh yang tak dapat ditaklukkan oleh cinta.
Tak ada penyakit yang tak dapat disembuhkan oleh kasih sayang.
Tak ada permusuhan yang tak dapat dimaafkan oleh ketulusan.
Tak ada kesulitan yang tak dapat dipecahkan oleh ketekunan.
Tak ada batu keras yang tak dapat dipecahkan oleh kesabaran.
Semua itu haruslah berasal dari hati kita.
Bicaralah dengan bahasa hati, maka akan sampai ke hati pula.
Kesuksesan bukan semata-mata betapa keras otot dan betapa tajam otak kita,
namun juga betapa lembut hati kita dalam menjalani segala sesuatunya.
kita takkan dapat menghentikan tangis seorang bayi hanya dengan merengkuhnya dalam lengan yang kuat.
Atau, membujuknya dengan berbagai gula-gula dan ata-kata manis.
Kita harus mendekapnya hingga ia merasakan detak jantung yang tenang jauh di dalam dada kita.
Mulailah dengan melembutkan hati sebelum memberikannya pada keberhasilan kita.

About THE GIGS...


Ini adalah satu pengumuman untuk pencinta blog bersama....

WAKTU ITU...


Dan jika engkau bertanya, bagaimanakah tentang Waktu?….
Kau ingin mengukur waktu yang tanpa ukuran dan tak terukur.

Engkau akan menyesuaikan tingkah lakumu dan bahkan mengarahkan perjalanan jiwamu menurut jam dan musim.
Suatu ketika kau ingin membuat sebatang sungai, diatas bantarannya kau akan duduk dan menyaksikan alirannya.

Namun keabadian di dalam dirimu adalah kesadaran akan kehidupan nan abadi,
Dan mengetahui bahwa kemarin hanyalah kenangan hari ini dan esok hari adalah harapan.


Dan bahwa yang bernyanyi dan merenung dari dalam jiwa, senantiasa menghuni ruang semesta yang menaburkan bintang di angkasa.

Setiap di antara kalian yang tidak merasa bahwa daya mencintainya tiada batasnya?
Dan siapa pula yang tidak merasa bahwa cinta sejati, walau tiada batas, tercakup di dalam inti dirinya, dan tiada bergerak dari pikiran cinta ke pikiran cinta, pun bukan dari tindakan kasih ke tindakan kasih yang lain?

Dan bukanlah sang waktu sebagaimana cinta, tiada terbagi dan tiada kenal ruang?Tapi jika di dalam pikiranmu haru mengukur waktu ke dalam musim, biarkanlah tiap musim merangkum semua musim yang lain,Dan biarkanlah hari ini memeluk masa silam dengan kenangan dan masa depan dengan kerinduan.

Tuesday, June 22, 2010

next kehidupan aku yang masih tunggang-langgang.


Kenapalah tiada lagi cinta tentang diri aku dan diri kamu? Persoalan yang masih lagi cuba mengisi ruang kekosongan dalam dada ini..

aku bersama black mencari sesuatu tentang kehidupan.......

Adakah aku masih lagi waras untuk meneruskan kehidupan aku bersama-sama Black? Aku masih lagi tetap mempunyai kehidupan aku yang tak dapat dijangka oleh mata hati sendiri... Sedangkan tahap penulisan aku masih lagi kabur dengan bayangan aku sendiri. Aku memohon maaf agar kalian dapat menyelami hati nurani aku yang sudah kelam ditelan dek zaman kehidupan lalu aku.... Aku kiranya masih lagi mempunyai kehidupan yang amat menggembirakan hati aku. Tidak pernah sesekali aku cuba untuk menghadirkan diri aku ke dalam lembah kehinaan, aku masih lagi mempunyai nilai-nilai norma dalam kehidupan aku. Mengertilah bahawasanya aku bisa meyakinkan diri kamu dengan tingkah laku yang amat beradab. Tapi semua itu hanyalah sebuah igauan dalam mimpi-mimpi yang tak ada kesudahan, apabila berlakunya sebuah mimpi yang tidak terjangka... Mimpi yang bisa membawa kamu ke alam yang tidak pernah teroka oleh kalian.. Black cuba meminta simpati dari kehidupan aku, tanpa Black siapa lah diri aku yang tak punya rasa kasih sayang terhadap insani....