show your love to all the universe

Monday, July 19, 2010

gelak ketawa yg terakhir....

Kewujudan dalam maksud kehidupan mahu saja dilemparkan jauh-jauh dari lubuk hati ini. Kebedaan dalam mencari sesuatu sentiasa sahaja membuat aku berfikir "masih adakah tempat aku dalam masyarakat yang terbeda dari kemahuan". Kita sudah mempunyai otak untuk berfikir bahawasanya kita masih lagi mempunyai tempat yang tercipta oleh Maha. Tapi bagi ku yang hanya mempunyai fikiran yang cetek untuk berfikiran semula. Kemungkinan sudah mula membentuk hablur yang berwarna kekuningan. Aku perlu keluar dari bentuk sekarang untuk menampakkan diri aku semula. Keyakinan aku sudah mundur, segala bentuk kemunduran sudah aku lihat dan sudah mula letih dengan ini semua. Hanya kotak pemikiran yang sudah mula merasa kebosanan, tetapi tubuh ku menyatakan 'harap bersabar, aku masih lagi punyai ruang untuk istirahat'. Mulai esok aku akan memulai untuk bergerak kesana dan kemari untuk menghilangkan rasa gentar yang mulai meresapi diri ini....
Harapan kotak pemikiran kepada tubuh yang tidak punyai perasaan.

No comments:

Post a Comment