show your love to all the universe

Monday, July 4, 2011

Kehilangan Kemanisan Dalam Beragama...

Aku sudah mula muak dgn kata-kata yg terlempar oleh sang kata-kata dr mulut busuk, kata-kata pemutus urat perjuangan dlm mencari kebenaran. Aku mula menjadi tidak tentu arah dengan kata-kata yg terpalit dr mulut sang jahanam, kuning lambang DiRaja, mana raja atau sultan yg bisa mengarahkan akan memberhentikan pengaruh org kenamaan yg sedang gelabah dgn penuh ghairah menjadikan satu rencana dlm perjuangan yg dianggap merbahaya. Biarkan mereka menjadi ilham kepada anak muda untuk meneruskan legasi dlm membentuk jati diri Islam, beramai-ramailah, penuhi saf-saf yg kosong untuk menuntut akan 8 perkara yg bisa membersihkan politik kotor yg wujud dlm perlembagaan sekarang. Apakah wajar mereka dihapuskan? 9 julai detik keramat untuk kita melihat akan keangkuhan pemerintah zalim yg bakal untuk di tuntut menerusi 8 perkara memorandum. Aku hanyalah seorg golongan minoriti yg menuntut hak-hak sebagai rakyat Malaysia....

Friday, May 6, 2011

Al-Fatihah dan Selamat Hari Ibu.

Ketika ini kehidupan seorang anak yang bernama Mohd Ruhaidi Bin Mohd Noor sudah mengenal antara buruk dan baik. Alhamdulillah, syukur nikmat kepada tuhan yang merahmati hidup aku dengan segala ajaran ibuku. Aku tidak pernah mengenal akan siapa yang boleh menjadi keindahan. Penuh dengan sandiwara yang telah menyebabkan aku menjadi gerila penentang untuk berjihad. Solat ialah tiang agama, berpesan seorang ibu kepada sekelian anak-anaknya. Dalam bacaan takbirratulihram ada menyebutkan maksudnya "solatku, ibadatku, hidupku, matiku kerna Allah taala. Sungguh terharu dengan kata-kata atau ikrar dalam solat. Semoga Allah merahmati arwah ibu dan arwah ayah, kerna anak mu ini penuh dengan kejahilan pada suatu ketika dahulu. Dengan segala didikan yang ibu dan ayah berikan, aku telah mengenal dunia yang cuba di kontrol oleh jiwa yang tidak sebesar ibu dan ayah. AL-FATIHAH.

Sunday, May 1, 2011

Aku keseberang menjalankan Hukum Allah....

Hidupku, Matiku kerna Allah....
Hikmahnya masih lg terasa, aku tak dapat keseberang untuk menjadi saksi akan satu pertemuan antara sang lelaki dan sang perempuan. Aku menjadi kaget sekali dgn apa yg telah berlaku pada diri aku. Ada hikmah semuanya yg telah berlaku, aku syukur menjadi salah seorg yg terpilih dikalangan yg terpilih, sedangkan ramai lg manusia yg harus menempuhi onak ranjau yg amat berduri. Ini semua kerja Allah, oleh itu aku harus redha dgn ketentuanNYA. InsyaAllah aku akan lebih bisa berdiri sendiri dgn kaki aku..

Saturday, April 2, 2011

kemanakah hialngnya sinar dalam membentuk jiwa?

Aku masih belum mengerti akan maksud keberadaan org yg cuba mengalih pandangan terhadap sang pemilih. Aku juga menjadi bingung dengan setiap gerak geri yg cuba dipamerkan kepada khalayak ramai. Apakah ini bisa menjadi pertelingkahan yg besar. Aku masih lg seorang pemikir bebas akan tentang maksud yg cuba disampaikan kepada ku. Aku terpaksa hidup seorang diri tanpa ada penyokong dr belakang, sejak arwah ibu aku pergi meninggalkan aku. Aku menjadi tak tentu arah akan kehidupan kini yg cuba dibelenggu oleh penguasa yg amat tamak dengan kehidupan mereka sendiri..... Aku semakin hilang sinar akan kewujudan aku, aku lebih rela mati dr hidup merempat di negara sendiri..